Thursday, July 14, 2011

Berlari Laju

Kadang-kadang aku merasa semangatku hilang entah ke mana. Walaupun kawan-kawan yang berada di sekelilingku melihatku sebagai orang yang tabah dan kuat semangat, realitinya aku seorang yang rapuh di dalam, penuh dengan konflik di akal fikiranku. Do I need to express all my thought to the universe? Aku fikir aku harus sabar dan lebih memahami setiap perkara. Aku tidak boleh berhenti di sini. Perjalananku masih jauh. Bak kata adikku, kita harus tetap berharap dan berusaha untuk mengejar impian. Impian kita mungkin sama dengan orang yang lain, tetapi perjalanan yang kita tempuh pasti berbeza. Too much complaining does not make you stronger. Channel your energy to make something different and better for every single day. Aku harus berlari laju untuk mengejar impian yang semakin lama semakin tinggi :)